MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Umpama "Buntat hendak menjadi gemala" atau mungkin juga bak kata pepatah Melayu yang kaya akan peribahasa " Seperti kudis di buat pekung". Maksudnya jika kesalahan yang kecil-kecil yang tiada merosakkan,di perbesar-besarkan seumpama juga kecacatan yang sedikit di perbesarkan sehingga semua orang tahu dan menyangka betul -lah besar.
Jangan fikir kami pengikut laman reformasi ini seperti "melukut ditepi gantang" sahaja layaknya. Sebenarnya pada ketika Laman Komentar telah bermula dengan sindiran sindiran nya kami bak kata pepatah lagi "Terkilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya". Melilit dahululah sebelum memanjat.
Pada hemat saya kelamaan "bertafakur" yang di salah tempatkan ini adalah anti-perjuangan. Di saat saat kita bertambah segar setelah kelihatan kelayuan lawan sudah bermula di saat itu pula ada unsur yang cuba "menyimbah api yang baru mula panas". Jika ada kesalahan pun tidak ikhlas lah rasanya jika cuba membetulkannya dengan cara seperti "membuka pekung di dada". Terlanjurlah sudah adanya perbuatan PW reformasi yang mogok ini seperti "menahan jerat dipergentingan". Sila lah tuan-tuan teliti tulisan dan nasehat Pak Marhain Tuan dan Pak Amin Sapiro yang kita sanjungi.
Cucu Dato Bahaman pun perjuangan saudara yang lalu amat dicemburui tetapi tulisan yang
terbaru di mindarakyat cuba teliti kembali. Percayalah kepada kepimpinan KeADILan yang ada
ini. Mereka-mereka terpileh adalah berpendidikan dan berpengalaman antara bangsa. Sepak
terjang lawan mereka boleh baca. Pak Marhaintua diharapkan tidak terhiris akan perkataan
"orang luar" dari pejuang tulin seperti Pak MT dll. Orang luar itu lebih jauh
dari itu maksudnya.Tidak lah saya cuba mengajar itek berenang pula.
Menghadapi
kerajaan BN bukan perkara mudah, Nampaknya mereka masih boleh bekerja walaupun berbagai
dugaan, cubaan menjebak mereka dilakukan. Bukan mudah bersilat di tanah nyata tanpa
selindung oleh gelap gelita. Silap-silap terpenjara Sg,Buluh duduk, segala rancangan
tergendala. Bukan takut tetapi tergendala. Bermuzakarahlah jangan diteladani puak Abu Sayyaf
itu. Perjalanan kita masih jauh tetapi dekat juga rasanya. Marilah kita perdekatkan lagi
dengan bekerjasama. Mereka yang tidak ikhlas akan gugur juga, sejarah akan memperlihatkan
kepada kita. Marahkan pijat-pijat kelambu di bakar,tidor terdedah.
Marilah kita sama sama pegang bara supaya ia menjadi abu atau menyeluk perkasam biar
sampai ke pangkal lengan. Teluk Kemang memanggil kita. Ayuh turun kita ke gelanggang
laksana mestika embun. Dengan rupa dan kelakuan dan perkataan yang baik-baik kita pasti
para pengundi akan terpesona.
Salam Perjuangan
|